Corak Permainan Tomb Raider (permainan video 2013)

Tomb Raider menggunakan model hub-and-spoke saling berkaitan yang menggabungkan aksi-pengembaraan, pelantaraan, penerokaan dan mekanik survival. Permainan ini dipersembahkan di dalam perspektif orang ketiga, dan pemain mengambil kawalan sebagai watak utama, Lara Croft. Karl Setward berkata bahawa kempen permainan akan akan berlangsung sekitar 12 hingga 15 jam. Bersama-sama dengan kisah utama, pemain bakal berpeluang untuk melakukan berbilang-bilang misi sampingan, meneroka pelau, melawat kembali tempat-tempat, dan mencari makam yang mencabar.

Mod Permainan Berbilang Pemain

Episod keempat The Final Hours of Tomb Raider; yang telah dipaparkan secara langsung di Youtube pada 8 Januari 2013, mengumumkan bahawa permainan ini bakal mempunyai ciri mod permainan berbilang pemain. Mod permainan berbilang pemain ini dicipta oleh studio pembangun permainan video daripada Kanada, iaitu Eidos Montreal yang dikenali sebagai pencipta permainan Deus Ex: Human Revolution. Mengikut pembangun permainan ini, akan bakal ada tiga jenis permainan untuk berbilang pemain, dimainkan dalam lima peta yang berbeza. Kebanyakan benda yang tersedia untuk kempen pemain tunggal akan ditambahkan kepada berbilang pemain. Di dalam setiap permainan, ada dua jenis musuh: Empat survivor dan empat scavenger. Setiap di antara mereka akan cuba menghapuskan lawan atau mencuba untuk membawa bekalan ubat-ubatan ke titik tertentu di dalam peta. Pemain juga boleh memasang perangkap atau mengaktifkan ciri-ciri khas, bergantung kepada peta di mana permainan itu ditetapkan.